Thursday, July 4, 2013

Air Zam-zam

Sesungguhnya air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”

Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (saw) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Ini sebahagian daripada hasil penyelidikan yang telah dilakukan, terbukti air zam-zam merupakan mukjizat yang hebat kerana air ini tidak sama dengan air yang lain malah kandungan mineralnya juga berbeza.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Inilah anugerah yang Allah kurniakan kepada kita makhlukNya. Inilah yang dikatakan kekekuasaanNya dan kebesaranNya agar kita sentiasa mengingatiNya! WallahuAlam ~

Dapatkannya dari kami
Hubungi 019-266 2271 @ 019-262 7917 .

No comments:

Post a Comment