Monday, June 24, 2013

JAM TAWAF

Hampir 10 tahun dahulu, rencana berkenaan JAM TAWAF ataupun JAM ANTICLOCKWISE pernah dipaparkan di dalam Majalah MASTIKA dengan temuramah bersama dengan pengasas kaedah perubatan alternatif melalui terapi warna, Prof. Sir Dr. Norhisham Wahab.

Berikut adalah petikan rencana tersebut untuk tatapan anda.

Artikel Mastika
Januari 2003
Oleh:Norimanah Seman

Jam KeKanan (Anticlockwise) - Ini Bukan Jam Biasa

Zurina Zakariya, 36, kasihan melihat suaminya, Sufian Abdul Rahman yang sudah bertahun-tahun menderita sakit lelah. Kadang-kadang geram juga melihat dia menyedut asap rokok tak putus-putus. Bukan Apa, Zurina bimbang penyakit suaminya itu bertambah parah.

Zurina malas nak bercakap soal rokok kerana ia akan menjadi punca pertengkaran. Tidak cukup dengan itu resdung Sufian pula semakin menjadi-jadi. Pantang terbau tumisan berbelacan, bersinnya memanjang. Kekadang berlarutan hingga sukar bernafas.

Makan ubat….emmmmhhh….itu bukan cara Sufian. Biar sakit melarat, makan ubat tidak sekali. "Malas," hanya itu katanya apabila disuruh Zurina.

Yang membuatkan Zurina naik angin ialah setiap kali pulang dari pejabat Sufian sering mengadu seluruh sendinya sakit.

"Rin, pinggang I sakit. Kadang-kadang sakit kat sini lepas tu kat sini," Sufian menunjuk-nunjukkan tulang belikat dan lututnya.

Nak suruh suaminya makan ubat dia sudah tahu apa jawapannya. Kerana itulah dia hanya mendiamkan diri.

Lama-kelamaan kesian juga tengok suami sakit. Lalu suatu hari dia teringatkan cara terbaik ‘mengajar’ kedegilan Sufian. Ya, jam tangan rekaan pakar terapi getaran warna, Dr. Norhisham Wahab.

Dia pernah mendengar bahawa jarum jam ciptaan doktor itu bergerak kekanan, bukan ke kiri seprti jam biasa. Dia juga tahu jam tersebut boleh bertindak sebagai penyembuh penyakit. "Suruh makan ubat tak nak, tapi bising. Sakit itulah….inilah," Zurina berleter lalu menghulurkan jam yang baru dibeli itu kepada suaminya.

Sufian terpinga-pinga menyambut jam pemberian Zurina. Untuk seketika pening kepalanya membaca nombor yang bermula dari kanan ke kiri.

"Buat apa pakai jam, I sakit badan bukannya nak tengok jam," Sufian membantah dengan suara meninggi.

"Ini bukan jam biasa bang, ini jam ajaib tau! Boleh sembuhkan banyak penyakit, dibuat khas untuk orang yang malas makan ubat macam abang," Zurina separuh mengusik walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.

Hari pertama memakainya Surfian rasa pening-pening dan mabuk. Tu baru tanda awal, belum tau lagi esok-esok macam mana," Zurina menjawab apabila Sufian mengadu keadaannya.

Setelah seminggu memakainya, Sufian tiba-tiba sakit kepala dan muntah-muntah. Tersembur darah berketul-ketul dari mulutnya.

"Ni semua kau punya fasal. Pakai jam untuk baik konon. Habis paru-paru aku berlubang, ini semua jam punya hal. Aku tak nak pakai benda ni," ugut Sufian.

"Tak apa nanti I tanya doktor," Zurina cuba menenangkan Sufian.

Zurina sebenarnya naik panik kerana dia tidak menduga sampai ketahap itu perubahan yang berlaku. Tergesa-gesa dia menelefon Dr. Norhisham.

"Sufian muntah darah! Ada nanah keluar dari hidung juga,"

"Darah hitam ke merah?" tanya doktor.
"Merah, berketul-ketul," terang Zurina.

"Ini petanda baik, penyakit-penyakit lama keluar," tambah doktor.

Menurut Dr. Norhisham Wahab, resdung yang dialami Sufian adalah punca utama hidungnya bernanah. "Muntah darah , menandakan terdapat benda asing dalam darahnya seperti racun, toksik daripada makanan dan ubat-ubat kimia. Kesan paling menakjubkan Sufian akan berhenti merokok selepas memakai jam ini, tengoklah nanti," kata Dr. Norhisham Wahab.

"Banyak lagi penyakit boleh disembuhkan dengan jam ini – daripada masalah tak boleh tidur hinggalah penyakit kronik yang melibatkan saraf. Malah penyakit parkinson yang paling teruk pun pernah disembuhkan melalui pemakaian jam ini, insya-Allah. Apa lagi penyakit lain seperti halusinasi, saka dan gangguan jin mudah sangatlah," tambah Dr. Norhisham Wahab.

"Gangguan itu adalah benda asing yang bukan semula jadi ada dalam badan kita. Jam ini berfungsi untuk menyingkirkannya dan memulihkan perjalanan darah serta keseimbangan tenaga dalam badan," jelas Dr. Norhisham lebih lanjut.

"Saya pernah merawat seorang pesakit Parkinson yang teruk, bukan setakat anggota badan terketar-ketar tetapi lebih daripada itu. Pesakit saya ini boleh bangun menari tiba-tiba tanpa henti selama satu jam. Otaknya sudah hilang kawalan terhadap pergerakan anggota badan.

"Apabila saya pakaikan jam, dia tidak lagi terketar-ketar dan boleh mengawal pergerakan. Ini kerana jam itu telah menstabilkan sistem kelenjar dalam tubuhnya," cerita Dr. Norhisham Wahab.

Selain itu Dr. Norhisham mengingatkan cara pemakaian jam juga perlu betul kerana ia akan mempengaruhi sifat semula jadi seseorang.

Menurutnya, lelaki mestilah memakainya pada tangan kanan. Jika dipakai pada tangan kiri, lelaki itu akan berperangai seperti perempuan, emosional dan sebagainya. Namun apabila dipakaikan disebelah kanan ia akan menguatkan lagi sifat kelelakian serta membuang sifat-sifat buruk seperti panas baran, stress dan tidak sabar.

"Perempuan pula kena pakai di tangan kiri. Jika tersalah pakai dia akan berperangai lebih lelaki daripada lelaki," terang Dr. Norhisham Wahab.

Namun demikian Dr. Norhisham meletakkan syarat kepada pemakaian jam tersebut. Bagi pesakit jantung dan buah pinggang yang telah menjalani pembedahan dan pemasangan pacemaker (bateri) ia dilarang sama sekali menggunakannya.

"Jam ini telah dirakamkan dengan gelombang elektromagnetik yang berfungsi untuk menolak benda asing di dalam badan. Dan bateri itu adalah benda asing, jadi jam ini akan mematikan fungsi pacemaker secara tiba-tiba.

"Mungkin si pemakai boleh maut jika diteruskan pemakaiannya," terang Dr. Norhisham Wahab.
 

 

No comments:

Post a Comment