Thursday, March 27, 2014

CINTA AHMAD AMMAR

Cinta Ahmad Ammar
Cinta Ahmad Ammar
Cinta Ahmad Ammar
CINTA AHMAD AMMAR
===============

200 buah Cerita Cinta Ahmad Ammar Batch Pertama habis terjual dalam masa 1 minggu sahaja?
Biar benar.

Kini stok kembali lagi, sedia untuk dipos sekarang!

“Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru. Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al-Quran sebagai bacaan. Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat” (Nukilah terakhir Ahmad Ammar bin Ahmad Azzam)

"Ammar datang ke Turki untuk belajar Sejarah, tapi sekarang beliaulah Sejarah yang hendak dipelajari." (Kata Sdr Halid Erdoğan Kara, sahabat baik keluarga Ahmad Ammar di Turki)

Kata-kata Allayarham Ahmad Ammar yang tidak dapat dilupakan ibunya:
  “Kemungkinan besar dia orang (TV Al Hirah)bagi  RM 200 untuk setiap episode yang Ammar sediakan sarikatanya ( Bahasa Turki ke Bahasa Malaysia). Diorang akan deposit ke Bank Islam Ammar di Malaysia. Kad ATM Ammar dan No Pin nya ada pada emak kan?Ammar berniat semua bayaran yang Ammar terima itu adalah untuk emak, Ammar takkan ambil sesen pun”

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling, maka itu tidak penting. Jika Dia menerima sedangkan seluruh masyarakat menolak maka tiada kesannya. Setelah Dia meredhai dan menerima, ...jika Dia kehendaki dan selari dengan hikmah-Nya, walaupun kalian dalam keadaan tidak meminta, Dia akan menjadikan masyarakat juga menerima dan meredhai. Kerana itu, keredhaan Allah sahaja yang perlu dijadikan sebagai tujuan utama dalam khidmat dakwah ini." (Ahmad Ammar Ahmad Azam, 2013)

"Aku sudah terlalu lama hidup dalam zon selesa, mungkin sudah tiba masanya aku mengorak langkah berkelana untuk melihat ciptaan di muka bumi milik Sang Pencipta ini" (Ahmad Ammar Ahmad Azzam)

Kisah ‘Syahid Yang Tertangguh’ Almarhum Ahmad Ammar bin Ahmad Azzam telah menjadi fenomena remaja di Malaysia. Kisah hidup beliau telah menghidupkan ramai hati-hati manusia terutama remaja untuk terus berjuang mencari ilmu dan berjuang menyebarkan dakwah di muka dunia.

Banyak panduan pendidikan Almarhum yang dikongsi oleh bondanya Pn Nur Azlina Abd Aziz dan ayahanda Tn Hj Ahmad Azam Abdul Rahman yang wajar untuk setiap rumah memiliki sebuah buku ini untuk tatapan isi rumah seluruhnya. Moga dengan usaha ini akan dapat membina jati diri muslim sehebat sekental semangat dakwah almarhum yang berumur 20 tahun ini.

Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar 100% Karya Tempatan ini hasil kerjasama pihak terbitan Karangkraf, pihak GPTD, keluarga dan rakan-rakannya yang terdekat merupakan salah satu usaha untuk menyebarkan kisah hidup mulia anak muda ini sebagai tatapan dan panduan untuk kita semua menyelami akhlak dan semangat perjuangan yang diterap kepada beliau semasa hidup.

===================
TESTIMONIAL BUKU:
===================

* Saya baca buku ini dengan linangan air mata.. Alhamdulillah semua ibu bapa inginkan anak seperti Ammar... Al fatihah utk mu (Barkhis Mustafa)
* wajib beli !!! Saya dah lebih 6 kali baca pun masih nak baca lagi...anak saya pun baca juga (Anne Damia)
* Buku terbaikkkkk tak bosan baca. Sangat-sangat bangga dengan Ahmad Ammar (Zatty Emiza Ibrahim)


Alfatihah untuk beliau, moga ditempatkan di kalangan yang beriman aamiin


Dapatkan buku ini di:    http://nurafzalrich.com/?p=cinta_ahmad_ammar

Segera dapatkan sebelum stok kehabisan


No comments:

Post a Comment